NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Merujuk kepada Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (dirujuk disini sebagai “Akta”) yang berkuatkuasa pada 15 November 2013, Pulai Springs Resort memastikan bahawa pihak kami mematuhi Akta tersebut. Pihak kami mengeluarkan notis ini kepada semua Ahli, Tetamu Hotel, Pembeli dan Pembekal kami, menerangkan perincian tentang pengurusan data peribadi individu / syarikat yang akan atau telah diberi.

Pulai Springs Resort akan memproses data peribadi tersebut untuk tujuan seperti yang disenaraikan, tetapi tidak terhad kepada itu sahaja bagi data yang akan atau telah diberi kepada Pulai Springs Resort atau diambil daripada pelbagai sumber atau pihak ke-3 seperti ajen, laman sesawang Hotel atau diantara Kumpulan Pulai untuk sebarang tujuan permohonan, pendaftaran atau dokumen perjanjian. 

  • Nama, umur, jantina, tarikh lahir, nombor kad pengenalan, nombor passport, nombor plet kenderaan dan sebagainya
  • Bangsa, kewarganegaraan, nombor telefon, alamat dan sebagainya
  • Taraf perkahwinan, data ahli keluarga (perincian tentang anak dan pasangan)
  • Gambar yang diberi kepada Pulai Springs Resort dan/atau yang diambil semasa majlis rasmi syarikat dan sebagainya
  • Pendaftaran syarikat, nombor akaun bank dan sebagainya
(dirujuk disini sebagai ’data peribadi’)  

Pulai Springs Resort akan menggunakan dan/atau memproses data peribadi tersebut untuk tujuan yang antaranya adalah seperti berikut:

  • Proses penempahan dan/atau daftar masuk/daftar keluar bilik hotel
  • Penempahan dan/atau pengesahan acara
  • Permohonan keahlian
  • Kontrak pembelian
  • Dokumen perjanjian (penjualan & pembelian)
  • Pemberitahuan tentang promosi atau pengumuman dan sebagainya
  • Untuk dikongsi diantara syarikat di bawah Kumpulan Pulai
  • Audit
  • Penggunaan kemudahan di Resort
 

Pulai Springs Resort akan menyimpan semua data peribadi secara sulit dan tidak akan didedahkan untuk tujuan lain selain daripada tujuan-tujuan data peribadi tersebut diambil. Walau bagaimanapun, dalam keadaan tertentu, data peribadi tersebut mungkin akan didedahkan kepada pihak-pihak tertentu seperti yang dibenarkan mengikut Akta.

Pulai Springs Resort bertanggungjawab untuk menyimpan dan memproses semua data peribadi dalam keadaan yang selamat, selaras dengan undang-undang dan peraturan tertentu untuk menghalang mana-mana proses yang tidak sah atau menyalahi undang-undang seperti kehilangan, penyalahgunaan, pengubahan, akses tidak sah, pendedahan atau kemusnahan.

Data peribadi yang diproses akan disimpan oleh Pulai Springs Resort dan pihak kami akan memastikan langkah-langkah tertentu seperti pemusnahan dilakukan sekiranya data peribadi yang diambil tidak diperlukan untuk tujuannya lagi.

Untuk sebarang pertanyaan, permohonan pemindaan data peribadi, sila hubungi Pengurus MIS kami di talian 07-5212121 atau e-mail mis.mgr@pulaisprings.com